SMK Electronics Malaysia
SMK MALAYSIA Top > Dasar Privasi untuk Data Peribadi

Dasar Privasi untuk Data Peribadi

SMK Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. ("kami", "pihak kami") komited untuk melindungi privasi anda dan memastikan data peribadi anda dikendalikan dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab. Dasar Privasi ini menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan melindungi data peribadi anda dengan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan perlindungan data yang terpakai.

1. Maklumat yang Kami Kumpul

1.1. Kami mungkin mengumpul jenis data peribadi berikut apabila anda berinteraksi dengan laman web kami atau menggunakan perkhidmatan kami:

  • Maklumat Pengenalan Peribadi: Nama, tarikh lahir, pekerjaan dan butiran hubungan yang lain seperti alamat e-mel, nombor telefon, alamat pos dan akaun media sosial.
  • Maklumat Urus Niaga: Butiran yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang telah anda beli, bertanya atau berniat untuk membeli.
  • Data Komunikasi: Maklumat mengenai maklum balas, permintaan, pertanyaan, respons tinjauan dan sebarang butiran lain yang anda berikan.
  • Data Teknikal: Alamat IP, jenis pelayar, sistem pengendalian, jenis peranti, dan data penggunaan berkaitan dengan interaksi anda dengan laman web kami.
  • Maklumat Pembayaran: Jika anda membuat pembelian, kami mungkin mengumpul maklumat pengebilan, kaedah pembayaran dan butiran transaksi.
  • Butiran Permohonan Pekerjaan: Maklumat tentang pengalaman, pendidikan dan kelayakan anda untuk bekerja, jika anda memohon untuk bekerja dengan kami.

1.2. Kami tidak mengumpul atau menggunakan maklumat sensitif, seperti data kesihatan, data genetik, orientasi seksual atau data yang seumpamaya, melainkan dikehendaki oleh undang-undang atau dengan persetujuan khusus daripada anda.

1.3. Jika anda memberikan sebarang Data Peribadi mengenai pihak ketiga (contohnya, maklumat mengenai pasangan, anak-anak, ibu bapa, dan/atau pekerja anda), anda mengesahkan bahawa anda telah memperolehi kebenaran yang diperlukan daripada pihak ketiga untuk berkongsi Data Peribadi mereka dengan kami.

1.4. Anda mungkin dikehendaki untuk memberikan data peribadi tertentu seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, obligasi kontrak, atau keperluan lain. Jika anda memilih untuk tidak memberikan data ini, kami mungkin tidak dapat menawarkan produk atau perkhidmatan kami, berkomunikasi dengan berkesan dengan anda, atau memberi respons kepada pertanyaan anda.

2. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami menggunakan data peribadi yang dikumpul untuk tujuan berikut:

2.1 Menyediakan Perkhidmatan dan Sokongan

  • Pemprosesan dan Penghantaran Pesanan: Kami menggunakan maklumat anda untuk memproses pesanan, mengesahkan transaksi, menghantar produk dan menguruskan promosi.
  • Perkhidmatan Pelanggan: Data anda membantu kami menjawab soalan, menyelesaikan isu dan menawarkan perkhidmatan seperti pemulangan produk dan sokongan waranti.
  • Keselamatan Akaun: Kami mungkin mengesahkan identiti anda apabila anda menghubungi kami untuk memastikan interaksi yang selamat dan terjamin.

2.2 Memperbaiki Produk dan Perkhidmatan

  • Pembangunan Produk: Kami menganalisis maklum balas untuk meningkatkan tawaran kami dan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu.
  • Jaminan Kualiti: Data anda membantu kami melatih kakitangan dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan kami.
  • Penyelidikan: Kami mungkin meminta pendapat anda melalui tinjauan untuk lebih memahami apa yang pelanggan kami inginkan.

2.3 Pemasaran dan Personalisasi

  • Kemaskini dan Promosi: Dengan kebenaran anda, kami mungkin menghantar kemaskini tentang produk, perkhidmatan dan tawaran istimewa.
  • Iklan Khusus: Kami menggunakan maklumat pelayaran dan pembelian anda yang lepas untuk mengesyorkan produk dan menyesuaikan iklan mengikut minat anda.
  • Perkongsian Maklum Balas: Ulasan atau komen yang anda buat mungkin digunakan untuk menunjukkan kepada yang lain pandangan pelanggan kami tentang produk kami.

2.4 Keselamatan dan Pematuhan

  • Keselamatan: Kami melindungi sistem dan pelanggan kami daripada penipuan dan mungkin berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa jika perlu.
  • Mencegah Penipuan: Data peribadi membantu kami mengesan dan menghentikan aktiviti penipuan.
  • Kewajipan Undang-undang: Kami memproses maklumat seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan untuk melindungi hak kami.

2.5 Pengambilan

  • Permohonan Kerja: Jika anda memohon untuk bekerja dengan kami, kami menggunakan data anda untuk proses pengambilan dan pekerjaan.

2.6 Tujuan Perniagaan

  • Operasi Dalaman: Kami menggunakan data untuk menambah baik operasi perniagaan kami dan mengurus sistem dalaman.
  • Transaksi Korporat: Sekiranya berlaku penggabungan atau pengambilalihan, maklumat anda mungkin akan dikongsi atau dipindahkan.
  • 3. Persetujuan

    Dengan mengakses atau menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini. Jika kami memerlukan persetujuan jelas anda untuk aktiviti tertentu (seperti pemasaran), kami akan meminta persetujuan anda secara berasingan.

    4. Pendedahan Data Peribadi

    Kami tidak akan menjual, menyewa atau memajak data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan:

    • Pembekal Perkhidmatan: Vendor dan kontraktor pihak ketiga yang dipercayai yang membantu dalam operasi perniagaan, seperti pemprosesan pembayaran, pengehosan web dan sokongan pelanggan. Pembekal perkhidmatan ini terikat dengan perjanjian kerahsiaan dan hanya dibenarkan menggunakan data anda sekiranya perlu untuk melaksanakan perkhidmatan mereka.
    • Pihak Berkuasa Kawal Selia: Jika dikehendaki oleh undang-undang, kami mungkin mendedahkan data peribadi kepada agensi kerajaan, pengawal selia atau pihak berkuasa lain.
    • Pemindahan Perniagaan: Sekiranya berlaku penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset, data peribadi anda mungkin dipindahkan kepada pemilik baharu.
    • Kawalan Maklumat Peribadi: Data peribadi anda mungkin didedahkan, disebarkan dan/atau dipindahkan kepada syarikat dalam Kumpulan SMK (termasuk syarikat induk dan anak-anak syarikatnya, syarikat bersekutu, syarikat-syarikat berkaitan dan gabungannya serta anak-anak syarikat, syarikat bersekutu dan gabungan mereka, bagi kedua-duanya tempatan dan antarabangsa), sama ada sekarang atau pada masa akan datang atau kepada mana-mana organisasi atau individu pihak ketiga bagi tujuan memenuhi kewajipan kami kepada anda berkaitan tujuan yang disenaraikan dalam Klausa 2 diatas serta untuk semua tujuan lain yang seumpamanya yang berkaitan dengan tujuan-tujuan tersebut, termasuk penyediaan perkhidmatan bersepadu, penyelenggaraan, dan penyimpanan rekod.
    5. Keselamatan Data

    Untuk melindungi data peribadi anda daripada pemusnahan, kehilangan, penyalahgunaan, pengubahan, atau akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan secara tidak sengaja atau menyalahi undang-undang, kami melaksanakan langkah keselamatan organisasi, fizikal, teknikal dan pentadbiran yang sesuai.

    6. Hak Anda

    Bergantung pada lokasi anda dan undang-undang yang terpakai, anda mungkin mempunyai hak berikut berkaitan dengan data peribadi anda:

    • Akses: Anda berhak untuk meminta akses kepada data peribadi yang kami simpan berkenaan anda.
    • Pembetulan: Anda boleh meminta kami membetulkan sebarang data peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap.
    • Pemadaman: Anda boleh meminta kami memadamkan data peribadi anda.
    • Bantahan: Anda berhak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda.

    Untuk melaksanakan hak ini, sila hubungi kami menggunakan butiran yang diberikan di bawah.

    7. Penyimpanan Data

    7.1. Kami akan menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, kecuali tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan oleh undang-undang. Dalam kes sedemikian, kami akan menyimpannya untuk tempoh yang ditetapkan.

    7.2. Untuk menentukan tempoh penyimpanan, kami menilai sensitiviti data, kemungkinan risiko akibat akses tanpa kebenaran, tujuan pemprosesan, dan mana-mana undang-undang yang terpakai mengenai penyimpanan data.

    8. Kuki

    Laman web kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pengguna anda. Kuki ialah fail data kecil yang disimpan pada peranti anda yang membantu kami meningkatkan fungsi laman web kami. Anda boleh mengawal tetapan kuki melalui tetapan pelayar anda, tetapi menyahaktifkan kuki boleh menjejaskan fungsi beberapa ciri di laman web kami.

    9. Pautan Pihak-Ketiga

    Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak-ketiga. Dasar Privasi ini tidak terpakai pada laman web tersebut, dan kami menggalakkan anda menyemak dasar privasi mereka sebelum berkongsi maklumat peribadi anda dengan mereka.

    10. Privasi Kanak-kanak

    Perkhidmatan kami tidak bertujuan untuk kanak-kanak di bawah usia 16 tahun, dan kami tidak mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak dengan sengaja. Jika kami mendapati bahawa kami telah secara tidak sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak, kami akan mengambil langkah untuk memadamkan maklumat tersebut secepat mungkin.

    11. Perubahan kepada Dasar Privasi Ini

    Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam amalan atau keperluan undang-undang kami. Sebarang kemas kini akan disiarkan di halaman ini dengan tarikh kuat kuasa yang dipinda. Kami menggalakkan anda menyemak Dasar Privasi ini secara berkala.

    12. Hubungi Kami

    Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai Dasar Privasi ini atau amalan kami berkenaan data peribadi, sila hubungi kami di:

    SMK Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd.
    Lot 15 Jalan Perusahaan 1,
    Beranang Industrial Estates
    43700 Beranang,
    Selangor,
    Malaysia

    Tel. No.: 603 8766 0166
    Email: smkmlhrd@smk.co.jp
    Business WhatsApp: 03 8766 0137